Thursday, May 28, 2009

Dendrobium Cochliodes



Salam....


Kak Yong nak habaq a very sad story lah sebenarnya.. Happen this morning. I've decided to work from home today, since my daughter's van driver for KAFA class tak boleh nak pick her up. So, seem like I have to her driver lah today..





Her KAFA class starts at 9.00 (8.50 gitu boleh la keluar). Tak jauh sangat pun.. tapi tak berani nak let her ride her bicyle on her own.. (different taman). Bahaya oooo.. Kang hilang plak anak dara cek! I have mtg with my US counterpart at 8.00. At around 7.40am, after selesai preparing breakfast & while waiting for my conference mtg, I decided nak jenguk2 taman orkid I kat depan tu...



Nak dijadikan cerita.. baby Kak Yong (si Laila - 6 months) sibuk nak suruh dukung.. So, sambil belek orkid, sambillah dukung si kecik. There's new bloom dendro yang I think I should ubah kedudukannya, sebelah tangan dukung baby, sebelah lagi sibuk re-arrange my orchid pots. For those yang rajin tanam orkid ni, kawasan pokok orkid tu selalunya crowded kan.. coz banyak pots..





Kak Yong ni, sambil susun pasu, dok membebel kat baby tak duduk diam.. tengok2, zassss... setangkai cochliodes ni, dah dok kat dalam genggaman dia.... Patah bunga Kak Yong dikerjakannya.. Cepat betul tangan dia menyambar.... Waaaaa..........haaaaaaaaaa sedih tak tau nak habaq.. dah more than a month dah bungta tu kembang... tup2 hari ni, dibotakkan anak bongsuku..



Dendrobium cochliodes ni, tangkai bunganya sangat panjang dan kerap berbunga.. Tu pasal senang sangat tangan si kecil tu menggapai..

Rasanya, this is part of horn-type dendrobium species...

Tuesday, May 19, 2009

Knock! Knock!

Pergh!!! What a nap... Long, very-very long nap! How fast time flies that you don't even realize it has been more than a year ...

Got few comments from my siblings...
My brother said : "Hish, Blog Orkid dah jadi blog cendawan @ kulat"
My sis said : "huk..huk... banyak nyer habuk ngan sawang"
Eventually, sorry to all followers.. Not that I have no more interest in blogging or orchids.. tak sempat da.. quite a number of events took place .. travellah.. delivery & confinement etc..

Oh! Yes! I am still collecting orchids. That hobby never dies.. I do have more collections by now.. InsyaAllah, will continue to find times for updates...

Sebagai welcome back post... I would like to share some photos took by my hubby using his SLR.. since I need to do orkid photo's relabelling dulu... Enjoy!

Not so sure what plant this is............



Big tree at Penang Botanical Garden... Looks nice, just take a shot!

One of my favorite pic.. Guest, bunga apa ni.. Bunga Raya da... (hibiscus!)

Don't know what plant is this.. But ramai gak yang gantung depan rumah..

Friday, January 4, 2008

Floral Festival, Penang

Alaaa..hai! Rasanya, dah naik sawang dah blog Kak Yong nih... Kesian pulak kat geng-geng yang selalu singgah tu. Betul BZ sangat sekarang nih.. Hobby orkid ni masih berterusan, makin bertambah pun koleksi Kak Yong & banyak gambar-gambar yang nak dikongsi bersama.. Biasanya, Kak Yong update blog nih time office hour (curi tulang lah ni..) KAt rumah, jarang ngadap PC kecuali ada kerja-kerja penting yang nak dibuat.. Lebih suka spend time dengan kerja-kerja rumah dari mengadap PC. Dah la kat tempat kerja dok hadap PC.. balik rumah pun hadap PC, nanti akhirnya, suami ngan anak kena makan PC lak.. Keh..keh..

Sekadar untuk tatapan pengunjung-pengunjung semua.. ni ada gambar yang hunny Kak Yong snap masa kami ke Floral Festival Penang, tahun lepas. Kami ni dah lama Kak Yong upload, baru hari (6 Mac 2008) nak publish. Enjoy!!!! Gambar bawah : Hubby trying to be creative with his SLR (phalaenopsis)

Gambar bawah : Oncidium Papillo

























Tuesday, December 18, 2007

Orkid Burung

Heh..heh.. Jangan tertipu dengan tarikh posting ni na... Walaupun tarikh nya December 2007, tapi hari ni dah 1 Januari 2008 tau. Apasal jadik cam tu ha? Coz Kak Yong download gambar lebih awal da... tapi tak tulis apa2 pong lagi sehinggalah ke hari ni... Jadiknya, Kak Yong ambil kesempatan nih, nak ucap selamat tahun barulah buat semua yang sudi jengah ke laman blogh Kak Yong yang tak seberapa nih... Semaoga lebih dimurahkan rezeki dan berjaya dalam apa jua yang diusahakan.. Pokoknya, kena usahalah kan!!!!

SELAMAT TAHUN BARU 2008!

Orkid nih Kak Yong beli dekat ladang orkid di Teluk Bahang, Pulau Pinang beberapa tahun yang lepas. MAsa beli tu kecik jer pokoknya, baru mula nak berbunga. Harga RM23 sepasu. Keluarlah bunga dua ketul...






Masa beli tu, task tahu pun apa spesisnya...main beli jer. Terpikat pasal nampak agak unik dan langsung tak ada persamaan dengan mana-mana spesis yang ada dalam koleksi Kak Yong. Kalau diperhatikan betul-betul, ditengah-tengah kelopak orkid nih ada terjulur macam seekor burung. Perhatikan gambar yang mula-mula tadi... Ha... perasan tak? Itulah pasal Kak Yong sekeluarga namakannya "Orkid Burung". Heh..heh.. senang sikit nak ingat. Sapa-sapa tanya pun, kami cakap orkid burung jer...
Lama jugaklah Kak Yong mencari-cari nama spesis nih... akhirnya, dapat jugak... nampak pun cantik...ala-ala anak mat salleh gitu. Macam nak pergi funfare pun ada..ha..ha..
Orkid ni merupakan kacukan dari spesis "Catasetum" dengan hapa tah.. ?? Dan dikenali sebagai "Catasandra Fanfare". Betul ke idak, wallahualam.. Tapi rasa-rasanya, betullah tu... Kalau tak betul, dan ada sesapa yang lebih tahu, tolonglah perbetulkan ye.....
Dulu-dulu, Kak Yong ingatkan spesis ni very rare & susah nak jumpa..sebab Kak Yong jarang nampak orang bela atau dijual di nursery... Rupa-rupanya, bukan tak mau jual... tapi mahal.. itu pasallah..
Catsandra ni pun ada macam-macam jenis dan kaler jugak. Tak sangka lah pulak Kak Yong, spesis ni mahal.
Hari tu, Kak Yong terbaca dalam web site saudara Khairi ke sapa entah.. (maaflah ye... tak ingat daaa...) katanya, ada orang tawarkan nak beli catasandra beliau yang dah berbunga tu dengan harga RM5000/= Mak aih!!! mahal tu...
Kalau lah sipembeli tu tengok catasandra kak Yong ni masa yang bunga dia keluar sampai dua tangkai sekaligus tu, agak-agak mesti mahal lagi no... (heh..heh.. berangan lah pulak).
Tapi rasanya kan.. Kak Yong tak juallah kot... ada pun sepasu jer... nanti, nak carik pulak susah... lagipun kira Kak Yong beli murahlah kan... RM23/= jer...
Lagi satu kan.. daun dia suka gugur bila bunga dah kering semua.. tinggallah tunggul dia yang bagak-bagak tuh... tapi nanti, dia keluar la tunggul baru lak.. lepas tu berdaun...lepas tu... bunga lagi... YEyyyyyyy!!!!!







Monday, December 17, 2007

Cattleya Richard Muellar

Waduh-waduh.. lama betul bercuti-cuti... sampai naik terperap dah blog nih tak di update. Mula-mula tu, cuti Raya Haji sampai ke Krismas.. Ni, dah cuti tahun baru lak sampai lah ke 1st day anak masuk sekolah.. Patutnya Isnin nih (31/12/07) hari bekerja. Malas lah pulak nak kerja sekadar sehari jer.. sambung cuti lagi... Alah... cuti pun ada banyak.
Bila dah bercuti tu, dok kat rumah, macam2 lah aktiviti nak dibuatkan.. housekeeping lah, menjahit lah.. bershopping dan macam2 lagilah... Bila masuk kerja lak... maklumlah, dah banyak hari cuti, kerja melambak ler nak dikejor.. Hmmm... tu pasallah tak terupdate blog nih

Hah.. cantik tak orkid yang kat header blog nih? Itulah Cattleya Richard Muellar.... Kak yong berkenan betul ngan warnanya yang begitu striking sekali... Oren terserlah..
Buat hiasan dalam rumah.. cantik woo... Gambar diambil malam hari kalau tak silap... tu pasallah berbayang jer... Masa ni, belum pandai teknik fotografi menggunakan SLR tuh... ada cara untuk hapuskan bayang2 tuh..


Tak pasti lak cattleya kat bawah ni dari spesis sama ke tak.. Rupa nampak sama jer.. warna je lain. Lebih soft ... Kuning susu.. Tapi rasanya macam tak sama jer... kelopak tengah tu lebih besar & bintik-bintik dia lebih ketara... Wallahualam...!!!
Kalau ada sesapa tahu nama spesis ni, tolonglah khabar-khabarkan ye...