SELAMAT TAHUN BARU 2008!
Orkid nih Kak Yong beli dekat ladang orkid di Teluk Bahang, Pulau Pinang beberapa tahun yang lepas. MAsa beli tu kecik jer pokoknya, baru mula nak berbunga. Harga RM23 sepasu. Keluarlah bunga dua ketul... Masa beli tu, task tahu pun apa spesisnya...main beli jer. Terpikat pasal nampak agak unik dan langsung tak ada persamaan dengan mana-mana spesis yang ada dalam koleksi Kak Yong. Kalau diperhatikan betul-betul, ditengah-tengah kelopak orkid nih ada terjulur macam seekor burung. Perhatikan gambar yang mula-mula tadi... Ha... perasan tak? Itulah pasal Kak Yong sekeluarga namakannya "Orkid Burung". Heh..heh.. senang sikit nak ingat. Sapa-sapa tanya pun, kami cakap orkid burung jer...
Lama jugaklah Kak Yong mencari-cari nama spesis nih... akhirnya, dapat jugak... nampak pun cantik...ala-ala anak mat salleh gitu. Macam nak pergi funfare pun ada..ha..ha..
Orkid ni merupakan kacukan dari spesis "Catasetum" dengan hapa tah.. ?? Dan dikenali sebagai "Catasandra Fanfare". Betul ke idak, wallahualam.. Tapi rasa-rasanya, betullah tu... Kalau tak betul, dan ada sesapa yang lebih tahu, tolonglah perbetulkan ye.....
Dulu-dulu, Kak Yong ingatkan spesis ni very rare & susah nak jumpa..sebab Kak Yong jarang nampak orang bela atau dijual di nursery... Rupa-rupanya, bukan tak mau jual... tapi mahal.. itu pasallah..
Catsandra ni pun ada macam-macam jenis dan kaler jugak. Tak sangka lah pulak Kak Yong, spesis ni mahal.
Hari tu, Kak Yong terbaca dalam web site saudara Khairi ke sapa entah.. (maaflah ye... tak ingat daaa...) katanya, ada orang tawarkan nak beli catasandra beliau yang dah berbunga tu dengan harga RM5000/= Mak aih!!! mahal tu...
Kalau lah sipembeli tu tengok catasandra kak Yong ni masa yang bunga dia keluar sampai dua tangkai sekaligus tu, agak-agak mesti mahal lagi no... (heh..heh.. berangan lah pulak).
Tapi rasanya kan.. Kak Yong tak juallah kot... ada pun sepasu jer... nanti, nak carik pulak susah... lagipun kira Kak Yong beli murahlah kan... RM23/= jer...
Lagi satu kan.. daun dia suka gugur bila bunga dah kering semua.. tinggallah tunggul dia yang bagak-bagak tuh... tapi nanti, dia keluar la tunggul baru lak.. lepas tu berdaun...lepas tu... bunga lagi... YEyyyyyyy!!!!!
Kak Yong,
ReplyDeleteCantiknya orkid burung... canggih...canggih.. nanti bila dah banyak clump..minta se'pokok' ek ? :)
InsyaAllah... kata orang,kalau kita tak kedekut.. rezeki kita bertambah... Mudah-mudahan... AMIN!
ReplyDeletehaah.. lebai pun nanti nak mintak sepokok dua.. tapi lambat lagi la.. buat tanam-tanam kat rumah baru nanti..
ReplyDeleteKak Yong, cantiknya orkid burung..Teluk Bahang belah mana pulak yg ada ladang orkid nih, saya dah pusing habis Teluk Bahang tu, nasib tak baiklah tu tak jumpa...kalu tak mesti dah ada koleksi mcm Kak Yong nih..
ReplyDeleteemmm menarik sungguh..Jika berminat nak sertai Seminar Usahawan & Peluang Perniagaan Hidrokultur,
ReplyDeletekami ada mengadakan seminar pada:
Tarikh: 1-2 Ogos 2009
Pendaftaran:1 Petang(1 Ogos 2009)
Hari : Sabtu-Ahad
Tempat: D’nelayan Beach Resort, Masjid Tanah, Melaka.
Yuran Masuk: RM350(Termasuk Penginapan 1 Malam, 6 Kali Makan, Crystal Bay, River Cruise Dan Sijil)
Peserta: Minimum 30 orang sahaja.
Sekiranya berminat, hubungi:
KAZZ MARKETING,
Pejabat: 06-2323500
Faks: 06-2323887
Email: kazzponik@yahoo.com
Hotline: 019-7546867 (Encik Ramiz)/ 017-3627507 (Encik Zamri)
Thanks and that i have a super offer you: House Renovation Designer Near Me house makeover
ReplyDelete