Showing posts with label Cattleya. Show all posts
Showing posts with label Cattleya. Show all posts

Thursday, June 11, 2009

BLc Goldenzelle Passion


Another Cattleya collection of mine. Besar tau size bunga ni, almost sebesar tapak tangan, exclude la jari-jemari tu semua.. heh..heh.. Consider besar lah tu kan.
Tak tahu plak apasal ada "Golden" dalam namanya. Mungkin sebab warna kuning keemasan di tengah kuntuman bunga tu kot!
As usual, cattleya tak bertahan lama, just for 3 weeks most!

Rasanya, ni jenis hybrid kot. Coz masa Kak Yong dok mencari-cari nama species ni.. it was written as : "Blc Goldenzelle Passion x Blc General Grant Four Star. Biasanya, yang ada x nama lian ni is due to both species dikacukkan.. Ada sesapa boleh comment?

Kadang-kadang tu, Kak Yong suka gak, masukkan pasu orkid yang tengah blooming ni as hiasan dalam rumah. Tapi kan, ada satu kelemahan bila orkid-orkid ni diletak dalam rumah.. bunganya tak tahan lama.. At least twice shorter life time compared to when it got sufficient direct sunlight!

Monday, December 17, 2007

Cattleya Richard Muellar

Waduh-waduh.. lama betul bercuti-cuti... sampai naik terperap dah blog nih tak di update. Mula-mula tu, cuti Raya Haji sampai ke Krismas.. Ni, dah cuti tahun baru lak sampai lah ke 1st day anak masuk sekolah.. Patutnya Isnin nih (31/12/07) hari bekerja. Malas lah pulak nak kerja sekadar sehari jer.. sambung cuti lagi... Alah... cuti pun ada banyak.
Bila dah bercuti tu, dok kat rumah, macam2 lah aktiviti nak dibuatkan.. housekeeping lah, menjahit lah.. bershopping dan macam2 lagilah... Bila masuk kerja lak... maklumlah, dah banyak hari cuti, kerja melambak ler nak dikejor.. Hmmm... tu pasallah tak terupdate blog nih

Hah.. cantik tak orkid yang kat header blog nih? Itulah Cattleya Richard Muellar.... Kak yong berkenan betul ngan warnanya yang begitu striking sekali... Oren terserlah..
Buat hiasan dalam rumah.. cantik woo... Gambar diambil malam hari kalau tak silap... tu pasallah berbayang jer... Masa ni, belum pandai teknik fotografi menggunakan SLR tuh... ada cara untuk hapuskan bayang2 tuh..


Tak pasti lak cattleya kat bawah ni dari spesis sama ke tak.. Rupa nampak sama jer.. warna je lain. Lebih soft ... Kuning susu.. Tapi rasanya macam tak sama jer... kelopak tengah tu lebih besar & bintik-bintik dia lebih ketara... Wallahualam...!!!
Kalau ada sesapa tahu nama spesis ni, tolonglah khabar-khabarkan ye...