Monday, October 22, 2007

Cubaan Blogging Pertama

Testing! Testing!
Pertama kali nak mencuba "blogging". Betul ke perkataan ni? Belasah je lah..
Kak Yong ada ramai kengkawan yang rajin berceloteh melalui blogspot.. Most of them suka cerita pasal anak2, pendapat etc. Adik Kak Yong sendiri memang active update laman blog dia... Ni ha add dia : http://hanya-diriku.blogspot.com/


Kak Yong sekarang ni, dok menggila kumpul orkid. Mula-mula dulu suka sebab cantik. Dah lama-lama tertarik sebab bunga dia tu tahan lama. Ada yang sampai berbulan. Semakin lama belek orkid nih, nyata orkid ni spesis yang unik. Tu yang semakin lama, semakin banyak koleksi orkid kat laman.





Mula-mula dulu suka beli jer.. Lepas tu, bila dah banyak, rasa macam syok pulak amik gambar & buat koleksi. Apatah lagi bila masuk website pasal orkid. Tu yang teringin nak adakan blog sendiri pasal orkid nih


"Dancing Ladies" ni adalah antara first collection Kak Yong. Gambar sebelah tu, kira amatur lah tu..buat permulaan. Guma kamera Canon biasa-biasa tu jer.







Ha... gambar ni baru clear sket rupa "Dancing Ladies" nya. Gambar ni pun kira cubaan pertama jugak! Hubby kak Yong baru beli SLR. Amatur lagi... Kira nak test kamera baru lah ni


Kalau nak tahu, Dancing Ladies ni adalah dari spesis "oncidium". Kak Yong ni bukanlah pro pun bab orkid nih.. Memandangkan dah suka, belajar jugaklah mengenali satu dua spesis orkid. Banyak lagi yang tak tahu nih...

4 comments:

  1. gambar yg first tu bukan saya yg amik ke... mana duit royalti..hahahaha

    ReplyDelete
  2. Betullah tu.... hari tu dah bagi duit raya kan? Kira "kaotim" lah...

    ReplyDelete
  3. hai kak yong... alycia pun mula2 beli ajer.. tapi lama2 tu minat pulak nak kumpul dan tanam orkid.. dan banyakkan koleksi... lepas tu ambik gambar... puas betul rs hati bila tengok gambar2 orkid ni kan...

    ReplyDelete
  4. Gambar yang pertama tu oncidium sherry baby. Yang ke dua tu...rasanya bukan Oncidium Lim Kong Wing...saya pun masih cari namanya yang betul. Ini kerana Oncidium Lim Kong Wing saya ada...memang berbeza sangat dengan gambar yang di publish ni. Oncidium Hard leave la ni...dah tukar nama kepada Trichocentrum...

    Boleh join Taiping Orchid show pada 12 April nanti di Taman Tasik Taiping dari jam 9am-2.30pm.

    Boleh juga lawat laman web saya n temans www.dangauorchids.com dan juga laman web FOMOS www.fomos.com.my

    ReplyDelete