Few months back, ada la kami join satu kelas pasal internet marketing ni. So terfikir macam nak mencuba.. maka sibuklah carik produk nak dipasarkan kat internet. Satu hari tu, Kak Yong ada la terbaca pasal website yang soh kita subscribe berita pasal orkid ni. Maka Kak Yong teringat la hubby dok spend quite a lot utk photography magazines. Saja ler suggest kat dia, untuk buat ala-ala langganan majalah untuk gambar2 yang dia snap tu.
Tak sangka pulak, setelah buat research lebih kurang, rupanya kat luar negara, bisnes gambar ni boleh tahan jugak.. So, apa lagi! Kami pun mulakan lah operasi internet bisnes ni... maka terhasillah http://downloadsphoto.com. Sekarang ni, baru kat fasa 1 : Pre-launch. Sekarang ni, kasik gambar Free dulu, next phase, kita launch subscription phase. Sudi2kanlah menjenguk dan kasik komen , kot2 ada apa yang patut dipertingkatkan. Jangan takut nak register, bukan nak kena bayar apa2 pun.
Selepas ni, majority gambar2 orkid yang Kak Yong nak upload kat blog ni, nak kena la letak marking as http://downloadsphoto.com instead of yang selalu Kak Yong letak, "Kak Yong's Collection". Tapi kan, mana2 gambar yang dah Kak Yong "mark"kan & belum sempat upload kat sini, masih guna trade mark "Kak Yong's Collection". Gambar2 baru.. insyaAllah... BAnyak lagi gambar yang belum sempat nak sharekan dekat sini. Sebabnya, sesetengah tu, tak tau ID nya. Nak research pun, masa gak tu.
For this post.. just share la sikit2 gambar yang ada kat http://downloadsphoto.com tu. NAk tengok banyak lagi.. sudi-sudikanlah menjengah ke http://downloadsphoto.com ye...
Putik manggis kat dusun Kak Yong berdekatan Sungai Sedim, Kedah. Nasib pokok deghoyan tu tinggi, kalau tak... pasti dah ada gambar putik degheyan... Rasanya, satu hari nanti, akan ada jugak tu... Carik la kat pokok-pokok yang rendah..ha..ha..
Ntah pokok menjalar mana tah.. tapi, sekali tengok menarik gak yer.. berseni. Kak Yong dah guna jadik wall paper untuk laptop Kak Yong.
Jauh ooo amik gambor kompas antik nih.. Picture snap at Briitish Museum, London. Macam gambar poskad kan?
Heh.. Si Amri dah jadi model pekebun muda.. Masa ni, 3 tahun rasanya umur si Amri.. Dah 4 tahun dah sekarang.
Jauh ooo amik gambor kompas antik nih.. Picture snap at Briitish Museum, London. Macam gambar poskad kan?
Heh.. Si Amri dah jadi model pekebun muda.. Masa ni, 3 tahun rasanya umur si Amri.. Dah 4 tahun dah sekarang.
Burung ni kan, buat sarang kat salah satu gantungan pasu kat pondok orkid kak Yong. Betul2 depan sliding door rumah Kak Yong... Dah dua kali dia bertelur kat situ.. dah tak takut lagi dengan kami.. Tu pasal boleh amik gambar dia tengah kasik makan anak2nya tu... Terbaru, ada keluarga burung lain pulak buat sarang & bertelur dekat rimbunan "anggerik desa" (den crumanetum) Kak Yong. Tapi, tak pasti lak telur dia tu menjadik ke tak.. Agak tinggi rimbunan tu & susah nak nampak...
No comments:
Post a Comment