Monday, July 6, 2009

Cattleya


Gambar kat atas ni, definitely is a Cattleya. Tapi, which type of Cattleya, entahlah.... Search punya search, rupanya ada satu jer gambar catt ni yang elok.. gambar-gambar lain tu agak kelabu. For sure, gambar ni, Kak Yong sendiri shoot guna digital camera cannon tu. Bukannya hubby shoot with his SLR.. ha..ha.. (skill amatur ku)
Tengok jelah, betapa clumsy nya Kak Yong ni, semua label nak boh atas gambar tu.. Yang benornya, label cattleya tu, masa sahre gambar in power point untuk tatapan office mate. Masa tu, tak wujud lagi blog nih.. Just suka-suka blea & amik gambar jer..
Pastu, bila dah menggila buat blog - sibuk letak label"Kak Yong's Collection" plak. Tapi, since belum ada exact ID, dah lama simpan gambar ni tanpa upload kat sini.. Sekarang ni, nak promote http://downloadsphoto.com punya pasal.. cubalah letak label "downloadsphoto" tu. Dah la berserabut jadinya.. Lantak engkaulah gambor weh.. dah maleh Kak Yong nak fikir.. Tempel jerlah kat sini.. Sapa-sapa tahu ID catt ni, habaq mai na..

Hah.. yang ni confirm dah namanya : Cattleya Kurt Hausemann.. kalau betul-betul nak disebutkan, boleh tergeliat jugak lidah dibuatnya. Tu ha, ada tertulis atas gambar tu. Sebut jerlah sendiri ye. Tak kuasa dah nak menyalinnya..

Tengah gila berbunga sekarang ni... Cattleya ni, berbunga melalui kantung, bukannya tangkai bunga (spike). Apa ke sebutan untuk kantung tu.. Wallahualam.. tak pulak Kak Yong tahu. Biasanya, dalam satu kantung tu ada sekurang-kurangnya dua atau 3 kuntuman bunga. Pernah jugak Kak Yong jumpa sampai 5 kuntum. Sekarang ni, yang satu kantung dah kembang, ada 3 kuntum.. Ada 2 kantung lagi dok tunggu masa nak kembang. Semua dari pasu yang sama. Bayangkan, kalau tiga-tigakantung kembang serentak.. meriah worrrr... Mesti boleh menang masuk bertanding nih! Heh, heh.. berangan!

Ha, gambar kat atas ni, confirm guna kamera cannon tu.. Hasil tangan Kak Yong ler.. Tapi kan, sekarang ni, hujan turun lebat2.. tak tahan lama catt ni.. Yang tiga kuntum tu pun, nampak macam nak layu jer dah.. padahal, baru seminggu lebih jer.. Sedih la.. tak sempat tunggu yang dua kantung lagi tu berbunga..
























Bukan Orkid jer...

Once I've shared that my hubby snap most of my orchids using his SLR kan.. Well, saja la nak habaq, walau pun you all mungkin dah boleh agak. Hubby Kak Yong ni, memang ke mana saja dengan kameranya tu.. Selagai ada yang mencuri pandangan, mesti amik gambar punya.. Memang dia minat betul la dengan dunia fotografi ni. Ada gak pergi kelas. Most of time, Kak Yong join jugak kelas2 tu. Menarik gak.

Few months back, ada la kami join satu kelas pasal internet marketing ni. So terfikir macam nak mencuba.. maka sibuklah carik produk nak dipasarkan kat internet. Satu hari tu, Kak Yong ada la terbaca pasal website yang soh kita subscribe berita pasal orkid ni. Maka Kak Yong teringat la hubby dok spend quite a lot utk photography magazines. Saja ler suggest kat dia, untuk buat ala-ala langganan majalah untuk gambar2 yang dia snap tu.

Tak sangka pulak, setelah buat research lebih kurang, rupanya kat luar negara, bisnes gambar ni boleh tahan jugak.. So, apa lagi! Kami pun mulakan lah operasi internet bisnes ni... maka terhasillah http://downloadsphoto.com. Sekarang ni, baru kat fasa 1 : Pre-launch. Sekarang ni, kasik gambar Free dulu, next phase, kita launch subscription phase. Sudi2kanlah menjenguk dan kasik komen , kot2 ada apa yang patut dipertingkatkan. Jangan takut nak register, bukan nak kena bayar apa2 pun.

Selepas ni, majority gambar2 orkid yang Kak Yong nak upload kat blog ni, nak kena la letak marking as http://downloadsphoto.com instead of yang selalu Kak Yong letak, "Kak Yong's Collection". Tapi kan, mana2 gambar yang dah Kak Yong "mark"kan & belum sempat upload kat sini, masih guna trade mark "Kak Yong's Collection". Gambar2 baru.. insyaAllah... BAnyak lagi gambar yang belum sempat nak sharekan dekat sini. Sebabnya, sesetengah tu, tak tau ID nya. Nak research pun, masa gak tu.

For this post.. just share la sikit2 gambar yang ada kat http://downloadsphoto.com tu. NAk tengok banyak lagi.. sudi-sudikanlah menjengah ke http://downloadsphoto.com ye...

Putik manggis kat dusun Kak Yong berdekatan Sungai Sedim, Kedah. Nasib pokok deghoyan tu tinggi, kalau tak... pasti dah ada gambar putik degheyan... Rasanya, satu hari nanti, akan ada jugak tu... Carik la kat pokok-pokok yang rendah..ha..ha..
Ntah pokok menjalar mana tah.. tapi, sekali tengok menarik gak yer.. berseni. Kak Yong dah guna jadik wall paper untuk laptop Kak Yong.

Jauh ooo amik gambor kompas antik nih.. Picture snap at Briitish Museum, London. Macam gambar poskad kan?

Heh.. Si Amri dah jadi model pekebun muda.. Masa ni, 3 tahun rasanya umur si Amri.. Dah 4 tahun dah sekarang.
Burung ni kan, buat sarang kat salah satu gantungan pasu kat pondok orkid kak Yong. Betul2 depan sliding door rumah Kak Yong... Dah dua kali dia bertelur kat situ.. dah tak takut lagi dengan kami.. Tu pasal boleh amik gambar dia tengah kasik makan anak2nya tu... Terbaru, ada keluarga burung lain pulak buat sarang & bertelur dekat rimbunan "anggerik desa" (den crumanetum) Kak Yong. Tapi, tak pasti lak telur dia tu menjadik ke tak.. Agak tinggi rimbunan tu & susah nak nampak...

Friday, June 26, 2009

Nursery Sungai Tengas

Last Thursday, June 18th, department Kak Yong organize satu charity Event to Rumah Warga Emas Sungai Tengas, Kedah.. (actually, dekat dengan selama tempat ni.. just Kak Yong tak sure sangat which region it falls, Selama Kedah atau Selama, Perak).

Bukannya apa sangat event tu.. sekadar beramah mesra dengan penghuni di Rumah kebajikan Sungat Tengas ni. Just makes them feel happy bila ada yang sudi menjengah pondok mereka. Seronok gak... tengok kehidupan mereka disini. Macam satu perkampungan kecil. Okla.. a small house equipped with one bedroom, living hall, kitchen & a bathroom. Cukupla untuk sorang depa.
Event tu sat saja, 8.30 pagi ke 11.00 pagi. Eventually kul 12.00 noon sampai 1.00 is Kak Yong punya weekly staff meeting. Few of my team mates yang join this event. Kami semua dah malas nak masuk office sebenarnya. Plan nak mengulatkan diri & masuk office only after lunch. Masing-masing dah ada agenda tersendiri.. Shhhhh, jangan bocor rahsia na..

Maka berpakatlah kami beramai-ramai, inform our boss awal-awal that event was till lunch time.. (jahatnya!) And, semua yang join the event, tak boleh attend staff meeting even if he/she had no plan after event completion at 11.00 & masuk ofis earlier than 12.00. Else, sure kami beramai-ramai kena bambu... Alhamdulillah, semuanya sepakat ..
Jeng...jeng..jjeng.. Nilah aktiviti kami selepas event tu. Ada sebuah nurseri orkid berdekatan dengan rumah orang2 tua tu sebenarnya. Kebetulan pulak ada sorang member Kak Yong ni, sama-sama minat orkid. In fact, kami dah jadi partner tukar orkid sekarang ni. Apa lagi, cepat ajelah kaki melangkah kesana. Bawak pulak 2 orang lagi protege yang dah berjaya kami rekrut sebagai pencinta orkid di Intel tu.. Hua..hua..hua..
Sopping sakan ler... kami... Gambar-gambar ni semua yang sempat dirakam oleh member Kak Yong.
I've spent RM25 for below Phal... Anybody knows exact name for it? Do let me know.

Bright yellow Cattleya.
Phal kat bawah ni pun dah ada dlm collection Kak Yong... Bukanla beli kat Sg Tengas ni.. Dah lama ada dah, Dah pernah split anak unuk Ummi Kak Yong pun.. Both yang split tu pun dah berbunga semula...






Oncidium cam yang kat sebelah ni pun Kak Yong dah ada... Dok berbunga pun sekarang ni.. Ada snap photo.. Tapi tak transfer ke PC lagi.. masih kat dlm kamera..














Thursday, June 11, 2009

BLc Goldenzelle Passion


Another Cattleya collection of mine. Besar tau size bunga ni, almost sebesar tapak tangan, exclude la jari-jemari tu semua.. heh..heh.. Consider besar lah tu kan.
Tak tahu plak apasal ada "Golden" dalam namanya. Mungkin sebab warna kuning keemasan di tengah kuntuman bunga tu kot!
As usual, cattleya tak bertahan lama, just for 3 weeks most!

Rasanya, ni jenis hybrid kot. Coz masa Kak Yong dok mencari-cari nama species ni.. it was written as : "Blc Goldenzelle Passion x Blc General Grant Four Star. Biasanya, yang ada x nama lian ni is due to both species dikacukkan.. Ada sesapa boleh comment?

Kadang-kadang tu, Kak Yong suka gak, masukkan pasu orkid yang tengah blooming ni as hiasan dalam rumah. Tapi kan, ada satu kelemahan bila orkid-orkid ni diletak dalam rumah.. bunganya tak tahan lama.. At least twice shorter life time compared to when it got sufficient direct sunlight!

Ascocentrum

Huh! Seminggu bercuti, baru sekarang berkesempatan nak belek blog...
Sebetulnya, ada banyak collection nak share kat sini, dah snap photonya pun. Unfortunately, ada banyak yang just generally tahu speciesnya sahaja.. Exact naming tak tahu lah pulak! Nak kena buat research sket.. Sabar na..

This round, Kak Yong share species kecik menik ni.. ASCOCENTRUM MINIATUM. Namanya pun dah sebut miniatum. Melihatkan pada bentuk daun nya tu, ada ala2 mochara atau vanda. Kak Yong pasti, species ni semua ada relation antara satu sama lain.. Wallahualam... maklumler.. Kak Yong ni just berdasarkan hobi & bacaan sendiri jer.. Susah gak nak mengenalpasti orkid ni.. banyak sangat!
Syukur Alhamdulillah, orkid ni kerap berbunga. Tempoh hari, Kak Yong split kan anak dia.. kecik aje lagi pun dah berbunga.. Sekali tu, cuaca panas sangat.. habis daun semua kering. Ingat kot nak arwah dah.. sayang betul, coz dok tengah berbunga.. Nasib, masih selamat hingga kini.. Rasa-rasanya nanti.. mesti dapat kak mak Kak Yong lah anak orkid tu.

Sebenarnya, untuk koleksi ni, Kak Yong ada dua kaler.. Purple ni & kuning. Malangnya sikuning tu dah innalillah.. sebelum Kak Yong mula berkecimpung dalam bidang blog memblog nih. Tak sempat nak mengambil gambar.

Baru-baru ni, Kak Yong buat deal ngan beberapa amatur lain kat tempat kerja Kak Yong yang jugak berminat & mula berjinak dengan dunia orkid ni.. Buat deal tukar-tukar benih orkid. Seronok ooo... cara murah tambah koleksi orkid..

So, kepada sesiapa yang nakkan anak ascocentrum ni, jom tukar! Dah ada anak baru dah...