Thursday, June 11, 2009

Ascocentrum

Huh! Seminggu bercuti, baru sekarang berkesempatan nak belek blog...
Sebetulnya, ada banyak collection nak share kat sini, dah snap photonya pun. Unfortunately, ada banyak yang just generally tahu speciesnya sahaja.. Exact naming tak tahu lah pulak! Nak kena buat research sket.. Sabar na..

This round, Kak Yong share species kecik menik ni.. ASCOCENTRUM MINIATUM. Namanya pun dah sebut miniatum. Melihatkan pada bentuk daun nya tu, ada ala2 mochara atau vanda. Kak Yong pasti, species ni semua ada relation antara satu sama lain.. Wallahualam... maklumler.. Kak Yong ni just berdasarkan hobi & bacaan sendiri jer.. Susah gak nak mengenalpasti orkid ni.. banyak sangat!
Syukur Alhamdulillah, orkid ni kerap berbunga. Tempoh hari, Kak Yong split kan anak dia.. kecik aje lagi pun dah berbunga.. Sekali tu, cuaca panas sangat.. habis daun semua kering. Ingat kot nak arwah dah.. sayang betul, coz dok tengah berbunga.. Nasib, masih selamat hingga kini.. Rasa-rasanya nanti.. mesti dapat kak mak Kak Yong lah anak orkid tu.

Sebenarnya, untuk koleksi ni, Kak Yong ada dua kaler.. Purple ni & kuning. Malangnya sikuning tu dah innalillah.. sebelum Kak Yong mula berkecimpung dalam bidang blog memblog nih. Tak sempat nak mengambil gambar.

Baru-baru ni, Kak Yong buat deal ngan beberapa amatur lain kat tempat kerja Kak Yong yang jugak berminat & mula berjinak dengan dunia orkid ni.. Buat deal tukar-tukar benih orkid. Seronok ooo... cara murah tambah koleksi orkid..

So, kepada sesiapa yang nakkan anak ascocentrum ni, jom tukar! Dah ada anak baru dah...

2 comments:

  1. Salam kak, nak tukar dgn anak vanda limbata?Kalau dah ada tukar dgn anak vanda mimi palmer kale rmerah, tapi saiz kecil sedikit compare dgn limbata tu.

    ReplyDelete
  2. Ascocentrum ni namanya Ascocentrum pine river 'red', bukan Asc. miniatum. Ada juga pine river 'purple' form.

    ReplyDelete