Friday, June 26, 2009

Nursery Sungai Tengas

Last Thursday, June 18th, department Kak Yong organize satu charity Event to Rumah Warga Emas Sungai Tengas, Kedah.. (actually, dekat dengan selama tempat ni.. just Kak Yong tak sure sangat which region it falls, Selama Kedah atau Selama, Perak).

Bukannya apa sangat event tu.. sekadar beramah mesra dengan penghuni di Rumah kebajikan Sungat Tengas ni. Just makes them feel happy bila ada yang sudi menjengah pondok mereka. Seronok gak... tengok kehidupan mereka disini. Macam satu perkampungan kecil. Okla.. a small house equipped with one bedroom, living hall, kitchen & a bathroom. Cukupla untuk sorang depa.
Event tu sat saja, 8.30 pagi ke 11.00 pagi. Eventually kul 12.00 noon sampai 1.00 is Kak Yong punya weekly staff meeting. Few of my team mates yang join this event. Kami semua dah malas nak masuk office sebenarnya. Plan nak mengulatkan diri & masuk office only after lunch. Masing-masing dah ada agenda tersendiri.. Shhhhh, jangan bocor rahsia na..

Maka berpakatlah kami beramai-ramai, inform our boss awal-awal that event was till lunch time.. (jahatnya!) And, semua yang join the event, tak boleh attend staff meeting even if he/she had no plan after event completion at 11.00 & masuk ofis earlier than 12.00. Else, sure kami beramai-ramai kena bambu... Alhamdulillah, semuanya sepakat ..
Jeng...jeng..jjeng.. Nilah aktiviti kami selepas event tu. Ada sebuah nurseri orkid berdekatan dengan rumah orang2 tua tu sebenarnya. Kebetulan pulak ada sorang member Kak Yong ni, sama-sama minat orkid. In fact, kami dah jadi partner tukar orkid sekarang ni. Apa lagi, cepat ajelah kaki melangkah kesana. Bawak pulak 2 orang lagi protege yang dah berjaya kami rekrut sebagai pencinta orkid di Intel tu.. Hua..hua..hua..
Sopping sakan ler... kami... Gambar-gambar ni semua yang sempat dirakam oleh member Kak Yong.
I've spent RM25 for below Phal... Anybody knows exact name for it? Do let me know.

Bright yellow Cattleya.
Phal kat bawah ni pun dah ada dlm collection Kak Yong... Bukanla beli kat Sg Tengas ni.. Dah lama ada dah, Dah pernah split anak unuk Ummi Kak Yong pun.. Both yang split tu pun dah berbunga semula...






Oncidium cam yang kat sebelah ni pun Kak Yong dah ada... Dok berbunga pun sekarang ni.. Ada snap photo.. Tapi tak transfer ke PC lagi.. masih kat dlm kamera..














Thursday, June 11, 2009

BLc Goldenzelle Passion


Another Cattleya collection of mine. Besar tau size bunga ni, almost sebesar tapak tangan, exclude la jari-jemari tu semua.. heh..heh.. Consider besar lah tu kan.
Tak tahu plak apasal ada "Golden" dalam namanya. Mungkin sebab warna kuning keemasan di tengah kuntuman bunga tu kot!
As usual, cattleya tak bertahan lama, just for 3 weeks most!

Rasanya, ni jenis hybrid kot. Coz masa Kak Yong dok mencari-cari nama species ni.. it was written as : "Blc Goldenzelle Passion x Blc General Grant Four Star. Biasanya, yang ada x nama lian ni is due to both species dikacukkan.. Ada sesapa boleh comment?

Kadang-kadang tu, Kak Yong suka gak, masukkan pasu orkid yang tengah blooming ni as hiasan dalam rumah. Tapi kan, ada satu kelemahan bila orkid-orkid ni diletak dalam rumah.. bunganya tak tahan lama.. At least twice shorter life time compared to when it got sufficient direct sunlight!

Ascocentrum

Huh! Seminggu bercuti, baru sekarang berkesempatan nak belek blog...
Sebetulnya, ada banyak collection nak share kat sini, dah snap photonya pun. Unfortunately, ada banyak yang just generally tahu speciesnya sahaja.. Exact naming tak tahu lah pulak! Nak kena buat research sket.. Sabar na..

This round, Kak Yong share species kecik menik ni.. ASCOCENTRUM MINIATUM. Namanya pun dah sebut miniatum. Melihatkan pada bentuk daun nya tu, ada ala2 mochara atau vanda. Kak Yong pasti, species ni semua ada relation antara satu sama lain.. Wallahualam... maklumler.. Kak Yong ni just berdasarkan hobi & bacaan sendiri jer.. Susah gak nak mengenalpasti orkid ni.. banyak sangat!
Syukur Alhamdulillah, orkid ni kerap berbunga. Tempoh hari, Kak Yong split kan anak dia.. kecik aje lagi pun dah berbunga.. Sekali tu, cuaca panas sangat.. habis daun semua kering. Ingat kot nak arwah dah.. sayang betul, coz dok tengah berbunga.. Nasib, masih selamat hingga kini.. Rasa-rasanya nanti.. mesti dapat kak mak Kak Yong lah anak orkid tu.

Sebenarnya, untuk koleksi ni, Kak Yong ada dua kaler.. Purple ni & kuning. Malangnya sikuning tu dah innalillah.. sebelum Kak Yong mula berkecimpung dalam bidang blog memblog nih. Tak sempat nak mengambil gambar.

Baru-baru ni, Kak Yong buat deal ngan beberapa amatur lain kat tempat kerja Kak Yong yang jugak berminat & mula berjinak dengan dunia orkid ni.. Buat deal tukar-tukar benih orkid. Seronok ooo... cara murah tambah koleksi orkid..

So, kepada sesiapa yang nakkan anak ascocentrum ni, jom tukar! Dah ada anak baru dah...