SELAMAT TAHUN BARU 2008!
Orkid nih Kak Yong beli dekat ladang orkid di Teluk Bahang, Pulau Pinang beberapa tahun yang lepas. MAsa beli tu kecik jer pokoknya, baru mula nak berbunga. Harga RM23 sepasu. Keluarlah bunga dua ketul...Tuesday, December 18, 2007
Orkid Burung
Monday, December 17, 2007
Cattleya Richard Muellar
Bila dah bercuti tu, dok kat rumah, macam2 lah aktiviti nak dibuatkan.. housekeeping lah, menjahit lah.. bershopping dan macam2 lagilah... Bila masuk kerja lak... maklumlah, dah banyak hari cuti, kerja melambak ler nak dikejor.. Hmmm... tu pasallah tak terupdate blog nih
Hah.. cantik tak orkid yang kat header blog nih? Itulah Cattleya Richard Muellar.... Kak yong berkenan betul ngan warnanya yang begitu striking sekali... Oren terserlah..
Tak pasti lak cattleya kat bawah ni dari spesis sama ke tak.. Rupa nampak sama jer.. warna je lain. Lebih soft ... Kuning susu.. Tapi rasanya macam tak sama jer... kelopak tengah tu lebih besar & bintik-bintik dia lebih ketara... Wallahualam...!!!
Dendrobium Crumenatum
Sekarang ni... jangan buat main tau! Ramai yang panjat pokok nak ambil orkid nih... Ada gak yang sebut orkid nih sebagai "Anggerik Desa". Maklumler.. senang jumpa kat kampung-kampung ngan dusun buah-buahan... Kalau sekali pandang, macam tak ada apa yang menarik sangat... maklumler.. warna putih biasa jer... tak besar sangat bunga dia.. tumbuh lak tinggi di atas pokok besar-besar tuh... sapa yang nak nampak ye tak?
Tapi kan... bagi peminat orkid... tak kesah punya, kecik ke besar, putih atau colourful.. ia tetap ada daya tarikan tersendiri
Pada Kak Yong, yang menarik tu masa dia berbunga.. kalau lagi besar kelompok crumenatum nih, lagi best tengok.. Sekali keluar bunga sebanyak-banyaknyer.. Macam sakura berkembang lak... penuh memutih... Ada Kak yong ambil gambar masa berbunga banyak tu.. lupa lah pulak nak download... nanti lain kali Kak Yong postkan ye...
Sayangnya, species ni, tak lah tahan lama. Hari ni, kita tengok, kita tahu dah bila nak kembang.. Kembang sehari, esok tu dah kuncup... Hari ketiga dah kuning.. Tapi, tak yah risau... tak putus bunga orkid nih.. Bela pun tak susah....
Wednesday, December 12, 2007
Arachnis
Tapi, dolu2, orang tak heran pun pasal2 orkid nih.. macam bunga2 kampung biasa jer.. Cuba sekarang, nak beli beringgit-ringgit gak sepasu orkid nih
Ada gak yang sebut sebagai orkid spider.. Agaknya pasal kelopak dia yang mencacang macam kaki labah2 kot no!!!! Atau banyak sarang labah kat pokok tu kot... maklumler... tahan lama bunga nih.. sempat lah si labah2 tu buat sarang.. ha..ha.. Arachnis ni pun, ada banyak jenis & kaler tau.. Ada satu tu Kak Yong tengok, kaler gelap sket.. belang dia pun agak besar.. cantik gak tu.. Belum ada lagi dalam koleksi Kak Yong... tunggu yer.... InsyaAllah... lambat laun pasti kan kumiliki... Chewah! bahasa berbunga lah pulak!
Sunday, December 9, 2007
Rasa Sayang Beach Resort
According tu Travel Magazine - Rasa Sayang nih the only 6 stars hotel in Malaysia. So, of course la rated as the best in Malaysia - #4 in Asia , no brp tah untuk worldwide..?? Tak ingat dah... Ewah... cam tolong promote lak... boleh dapat bilik free lagi kot..ha..ha.. Tapi, memang best la.. sapa2 ada rezeki... kena pi cuba.. baru tau!
Sebenarnya, nak habaq pasal orkid kat dalam bilik kat Rasa Sayang tuh... Masuk2 bilik jer... nampak sejambangan bunga atas meja makan... ada orkid kuning... species Vanda kot kalau tak silap...
Gubah dengan bunga Sepit Ketam? Sepit Udang? Entahlah.. yang pasti...cantik!Kak Yong ada tau spesis ni dalam koleksi Kak Yong. Kerap gak berbunga... Tapi sayang, lately, ada binatang suka makan... Tak tahu binatang ape... BAru jer keluar kudup bunga dua tiga hari, nanti alih2 tengok dah hilang... seolah2 dah dipatahkan... frust betul.. Tak tahu dah apa nak buat lagi. Dah macam2 racun & kaedah Kak Yong cuba... tak menjadik la... Sapa ada nasihat bernas ha?
Banyak gak orkid Kak Yong yang lain kena masalah nih...
Phalaenopsis Kot?!
Gambar atas sekali tu... hubby snap di siang hari.. guna kamera canggih dia tu lah.. Yang dua lagi tu, Kak Yong snap dekat2 nak senja dah...
**Terima kasih bebanyak kepada saudara Vortex yang telah memberi ID kepada species ini - Memang tergolong dalam keluarga Phalaenopsis - Lebih tepat = Dorritis Pulcherrima.